Umum mengetahui tentang isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pihak-pihak tertentu di dalam negara terhadap kerajaan Malaysia. Masyarakat digemparkan dengan isu yang begitu hangat ini dan tidak kurang juga terdapat segelintir rakyat yang tidak mengambil peduli. Tidak perlu kita soroti kembali kronologinya, tetapi cukuplah sekadar bertanya kepada diri kita, kemanakah hilangnya rasa sensitif umat Islam terhadap isu yang boleh mengancam akidah ini?
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah terus menjadi hangat diperkatakan apabila ia bukan sahaja disiarkan melalui akhbar tempatan tetapi turut tersebar di laman-laman web persendirian dan dibahas dengan meluas di dalam ruangan forum bebas tentang sama ada relevan atau pun tidak keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Terdapat juga pandangan peribadi yang dinyatakan oleh sarjana Islam dalam negara yang berpendirian bahawa tuntutan mereka ini seharusnya dibenarkan dengan alasan kalimah Allah merupakan kalimah yang telah pun digunapakai dan wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi.